free responsive web templates





Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan unutk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan di tapak halaman (website) Maahad Dini Sultan Abdul Halim (MDSAH).

Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai cita-cita besar untuk menempa nama di persada negara dan dunia pendidikan, pemgemblengan tenaga dan usaha daripada seluruh warga sekolah amat diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti demi meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengurusan sekolah yang cekap dan efisyen. Oleh itu moga tapak halaman ini menjadi sumber rujukan dan maklumat bagi pelbagai pihak.

Akhir kalam, saya dengan rendah hati mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa tapak halaman dan semua kakitangan MDSAH yang telah berusaha gigih dalam menjayakan pembinaan tapak halaman.

Sekian, Wassalam.

Abdullah bin Harun, BCK.,

PENGETUA

SEJARAH PENUBUHAN

Cetusan

Maahad Dini Sultan Abdul Halim (dahulunya Al Maahad Addini) telah ditubuhkan pada 2 Disember 1989 hasil cetusan idea Jawatankuasa Pertubuhan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah Cawangan Kedah/Perlis (PBMITT).

Penubuhan

Peringkat awal penubuhan sekolah, Maahad Dini beroperasi di bangunan Maktab Mahmud Alor Setar yang disewa dengan kadar RM 100.00 sebulan. Bilangan pelajar ketika itu seramai 105 orang dengan 13 orang guru.

2018

Maahad Dini Sultan Abdul Halim telah dijenamakan semula sebagai sekolah asnaf zakat di bawah naungan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Dengan kekuatan 30 orang kakitangan akademik dan 10 orang kakitangan di bahagian pengurusan sekolah, Maahad Dini Sultan Abdul Halim mengorak langkah dalam mencapai cita-citanya menjadi sebuah sekolah yang terunggul dalam dunia pendidikan.

Kini - Kemudahan..

Berdiri megah di atas tanah berkeluasan 1.1016 hektar, sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik-bilik kakitangan pengurusan, pejabat pentadbiran, bilik guru, perpustakaan, surau, bilik mesyuarat, 20 buah bilik kelas, 2 buah dewan peperiksaan, bengkel, makmal sains, dewan terbuka, kantin dan asrama yang mampu menampung 300 orang pelajar.

..pelajar

Seramai 295 orang pelajar sedang mengikuti pengajian di Mahaad Dini Sultan Abdul Halim buat masa ini dengan 237 daripadanya merupakan anak-anak asnaf yang datang dari seluruh negeri kedah dan ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

VISI

Menjadi sekolah asnaf yang terunggul di peringkat nasional menjelang tahun 2022.

MISI

Melaksanakan sistem pendidikan yan terbaik daripada sudut akademik dan dini dalam melahirkan modal insan yang menguasai pelbagai disiplin ilmu ke arah memenuhi aspirasi negara.

MOTO

Al-Ilmu, Al-Amal, Al-Taqwa - Mentauhidkan diri kepada Allah s.w.t dengan berpegang teguh kepada rukun islam dan rukun iman dan melaksanakan semua perintah Allah.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Maahad Dini Sultan Abdul Halim dengan penuh tekad dan iltizam bersedia memberi perkhidmatan yang mesra dan adil kepada semua pelanggan kami seperti berikut :

  1. KHIDMAT CEMERLANG - Perkhidmatan pendidikan berkualiti dan cemerlang. Membina dan meningkatkan budaya ilmu cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
  2. PELAJAR BERAKHLAK MULIA - Melahirkan pelajar cemerlang, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertakwa serta meningkatkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Memupuk semangat kerjasama, bertanggungjawap dalam kalangan guru dan kakitangan sokongan terhadap tugas kerja yang diamanahkan.
  3. BUDAYA BERMUAFAKAT - Meningkatkan budaya bermuafakat dan penglibatan PIBG dalam mencapai kecemerlangan pendidikan. Mewujudkan prasarana dan kemudahan yang kondusif, ceria, indah dan selamat.
Mobirise

BENDERA DAN LOGO

1

Hijau

Melambangkan keizzahan dan keagungan agama Islam.

2

Kuning

Melambangkan kedaulatan dan warna diRaja yang menaungi setiap halangan dan cabaran.

3

Putih

Melambangkan keberanian dan kekuatan dalam menghadapi setiap halangan dan cabaran.

4

Bentuk Segi Tiga

Melambang tiga komponen penting dalam operasi sekolahj iaitu Lembaga Zakat Negeri Kedah, Lembaga pengurusan Sekolah dan warna sekolah secara keseluruhannya.

5

Al-Quran

Melambangkan pegangan hidup yang berpandukan A-Quran dan As-Sunnah. Al-Quran juga sebagai sumber ilmu dan kepentingan dalam menuntut ilmu.

6

Rehal

Melambangkan para pelajar yang unggul, berwawasan, kreatif dan inovatif ke arah masa depan yang cemerlang.

7

Bunga Padi

Melambangkan negeri Kedah yang subur dengan tanaman padi cerminan kepada kesuburan budaya ilmu.

8

Slogan - Al-Ilmu, Al-Amal, At-Taqwa

Moto yang menjadi pegangan setiap warga Maahad Dini Sultan Abdul Halim. Gabungan ketiga-tiga elemen ini melahirkan ulama dan Umara masa depan.

LAGU RASMI
نشيد المعهد الديني

اَلْمَعْهَدُ الدِّيْنِيُّ مَعْهَدُنَا فَنُوْنَ الْعِلْمِ يُعَلِّمُنَا
عَلَى الْأَعْمَالِ يُدَرِّبُنَا وَبِالتَّقْوَى يُزَوِّدُنَا

سَنَبْذُلْ جَمِيْعَ أَوْقَاتِنَا نُضَحِّيْ بِكُلِّ وُسْعَتِنَا
لِكَسْبِ الْعِلُوْمِ تَكُوْنُ زَادَنَا لِنَنْجَحَ فِي مُسْتَقْبَلِنَا

اَلْمَعْهَدُ الدِّيْنِيُّ مَعْهَدُنَا فَنُوْنَ الْعِلْمِ يُعَلِّمُنَا
عَلَى الْأَعْمَالِ يُدَرِّبُنَا وَبِالتَّقْوَى يُزَوِّدُنَا

هَلُمُّوْا هَلُمُّوْا لِنَيْلِ الأَمَلِ بِدُوْنِ التَّأَنِّيْ وَدُوْنِ الْكَسَلِ
وَدُوْنِ التَّهَاوُنِ وَدُوْنِ الْمَلَلِ لِكَيْ نَسْتَفِيْدَ ثِمَارِ العَمَلِ

اَلْمَعْهَدُ الدِّيْنِيُّ مَعْهَدُنَا فَنُوْنَ الْعِلْمِ يُعَلِّمُنَا
عَلَى الْأَعْمَالِ يُدَرِّبُنَا وَبِالتَّقْوَى يُزَوِّدُنَا

هَلُمُّوْا نَعِشْ حَيَاةَ البَطَلِ نُدَافِعُ دِيْنِنَا عَنِ الخَلَلِ
لِيَعْلُوْا عَلَى جَمِيْعِ المِلَلِ نَفُوْزُ جَزَاءَ الْإِلَهِ الْأَجَلِ

اَلْمَعْهَدُ الدِّيْنِيُّ مَعْهَدُنَا فَنُوْنَ الْعِلْمِ يُعَلِّمُنَا
عَلَى الْأَعْمَالِ يُدَرِّبُنَا وَبِالتَّقْوَى يُزَوِّدُنَا
 
 


"Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nya lah kita semua kembali.

- Surah Al-Baqarah: 156

Alamat

Lot 1306, Jalan Suka Menanti, Mukim Pumpong, 05150 Alor Setar, Kedah Darulaman                 

Hubungi

tanya@maahaddini.edu.my            
Telefon: +604 700 1071 
Fax: +604 700 1614